Thursday, December 24, 2009

Hi Again...


It's a long time that I'm not used to blog rather mumbling.Huhu.And so here I'm ready to write it again.I'm totally interested with da image that I get at fffound.com.This site is really cool n interesting.Lotsa images can be found there.I recommend u all 2 see that website plus visit my website too n remember give comment ya.Right now,I used to read this book, A visual introduction to SQL. Seem boring isnt it, but I have to improve my knowledge rather my work.Knowledge is power...

Wednesday, November 11, 2009

25 of the Best Widgets For Blogger


The choice between Blogger and Wordpress is a personal preference. Both have 3rd party widgets that let you customize your blog in an easy fashion. I composed a list of the very best widgets and plugins for better blogging if your using the Blogger platform. Explained in one sentence, its time to unveil the list (no particular order).

1. Google Talk – On the side bar, readers can talk to you directly.

2. Friend Feed – Your friendfeeds can be viewed by the readers of your site.

3. Top Commentors – Widget displays the top commentors on your blog, in turn will encourage them to speak up.

4. Facebook Widget – Allows you to share your blog posts with your Facebook friends.

5. Recent Comment Widget In addition to the above “top commentors” you can also set your recent comments on the side bar.

6. Picasa Slideshow – Readers can view a slideshow coming from your Picasa albums.

7. Twitter Profile Widget – This widget allows you to add your profile and updates to your blog.

8. Share This – Allow people to share your blog posts with eachother through email.

9. Buy Me a Beer Plugin – As a donation, allow readers to buy you a beer via Paypal.

10. Rating Widget – Let readers rate your content, this encourages interaction.

11. MP3 player – Add your favorite song w/ this customizable plugin.

12. Widget Box – Make your blog into a widget.

13. YouTube Widget- Post your favorite videos on your blog

14. Social Blog Badge - Visitors can track all of your social networks.

15. Feed Wind – Embed any RSS feed on your blog

16. Price of Gas - Display the current price of gas, for some blogs this widget may be a necessity.

17. Alexa Widget – If your site has good traffic, show your rankings…some web master’s say installing the plugin will boast your rankings.

18. Timeline – Create a timeline on your blog.

19. Flickr – Add a Flickr photostream on your Blogger blog.

20. Digital Clock – add a light or dark digital clock for your viewers who lose track of time.

21. Skype – Allows readers to view your status or call you.

22. Top Authors – If you have guest posts, then this widget will display who wrote the most posts.

23. Random Posts -Displays random posts on your sidebar

24. Delicious plugin - Have your latest Delicious bookmarks displayed on your blog.

25. Tag Cloud – Displays tags you set from your posts on the sidebar.

Source from http://themetoday.com

Friday, September 4, 2009

Tips untuk menarik hati pasangan anda

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan.Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa; sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan.Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam
dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Monday, April 13, 2009

Hadis Nabi s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-



إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)



Menurut sebuah hadis sohih pula :-



إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )



Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.

Lemah Semangat

Banyak orang tak menyedari bahwa tanpa dosa dan kesalahan seseorang tidak bisa bertaubat dan beristighfar, lemahnya iman seseorang itu adalah wajar dan normal, sebagaimana para sahabat ketika mendengarkan ta’lim rasulullah seolah-olah surga dan neraka ada di hadapan mereka, tapi saat kembali ke keluarga, mereka kembali bersenang-senang dengan dunia, kondisi lemah semangat harus diperangi dengan hal-hal yang menjadi kebalikannya, kalau bosan dengan satu jenis ibadah, maka lakukan ibadah yang lain yang lebih mudah dan lebih nyaman, dan saat kondisi sedang membaik maka lakukan kembali ibadah yang biasa dilakukan.

Rasulullah shollallohu ‘alaihi wasallam, bersabda :
“sesungguhnya setiap amal perbuatan itu memiliki masa semangat, setiap semangat juga memiliki masa kendur, maka barangsiapa yang masa mengendurnya kembali kepada sunnah nabi, maka ia berada di dalam petunjuk, namun barangsiapa yang masa mengendurnya tidak kembali kepada sunnah, maka ia binasa.” (Hadits Shahih riwayat Imam Ahmad)

berikut kiat-kiat meminimalisir masa kendur :

1. Memanfaatkan waktu
memanfaatkan waktu bukan pekerjaan yang sederhana, ini membutuhkan pembiasaan dan pelatihan, dengan mampu menggunakan waktu secara optimal maka akan menjaga konsistensi kita dalam bertahan di atas jalan yang haq.

2. Perangi rasa malas
malas membuat orang tidak punya semangat untuk melakukan amal-amal kebajikan, kalaupun dilakukan persis seperti kondisi kaum munafik yang melaksanakan shalat.

“dan apabila mereka berdiri melaksanakan shalat, mereka berdiri dengan malas” (An-Nisa:141)

maka, rasa malas harus diperangi.

3. Jangan banyak berkhayal
jangan biarkan diri kita banyak berangan-angan, kerjakan yang nyata dan jelas-jelas ada, meski nilainya kecil dan sederhana. tak usah berkhayal menjadi kaya baru bersedekah dan tak usah berkhayal tinggal di mekkah baru jadi orang shalih.

4. Tanamkan keikhlasan dan ketulusan
ini sebenarnya kunci dari pergerakan dan aktivitas yang dilakukan setiap muslim, setiap kita membutuhkan perbaikan diri, maka kita harus meningkatkan rasa tawakal kita kepada allah subhanahu wata’ala serta ketulusan kita dalam setiap yang kita perbuat. lakukan suatu yang sederhana tapi buat setulus mungkin karena allah subhanahu wata’ala.

5. Cari teman yang bisa mengingatkan kita kalau terlupa
seorang muslim yang ingin konsisten di atas kebenaran, harus memiliki teman dekat yang bisa saling mengingatkan.

rasulullah bersabda :
“seseorang akan mengikuti agama teman dekatnya, maka cobalah perhatikan, siapa yang menjadi teman akrab seseorang” (diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad dan AtTirmidzi).

Dipetik dari:- http://www.sahidian.com/2008/07/lemah-semangat/

Wednesday, April 1, 2009

Three Gs

1. GOOD. What are you GOOD at doing? Begin with one thing you know you can do and are good at doing. It may be a very simple thing, but focus on that one thing at the beginning of your day.

2. GRATEFUL. For what are you GRATEFUL? Focus on at least one thingo each day for which you are sincerely grateful. It maybe your own good health, the love of a family member, a skill you have learned, a bad habit that you are well on your way to breaking, a positive relationship that is developing, or an opportunity that is unfolding before you.

3. GOAL. Identify a GOAL that you can accomplish during the incoming day. Think of something that you are determined to finish or act upon during the day ahead.

Tuesday, March 31, 2009

Al-Quran dalam bentuk Microsoft Excel

Assalamualaikum

Terjemahan Al quran dalam bentuk excel ni amat mudah dan sangat berguna.
Besar pahala orang yang membuatnya. Just pick topic2 yang berkenaan dan straight pergi ke ayat itu. Contoh utk Banking, straight pergi topic Muamalat utk search ayat2 yg di kehendaki...

Minta disebarkan kepada semua muslim/muslimah untuk kita sama-sama mendapat
manafaatnya.

Ade 2 file:Download attachment

Monday, March 30, 2009

USM Konvokesyen ke-39...gue konvo akhirnye...25.3.09

Sunday, March 29, 2009

Mujahatun Nafs...

After taking an oath of the sky, earth and other great signs, Allah took an oath of the nafs. "I take an oath by the nafs and the One that corrected it."
"He inspired the nafs with evil and piety."
Allah has created the ability to sin as well as to be pious in man.Man now has a choice of accepting the slavery of the nafs and preparing his way to hell or he could muster some courage, become pious and thereby become a friend of Allah.He could either become Abdur Rahman (the slave of the Merciful) or Abdus Shaytan(the slave of satan).Allah has granted man a choice to either adopt the path of piety or the path of sin. Retribution and punishment will be based on this choice.Now the question arises why Allah mentioned taqwa after mentioning sin.Normally a good thing is mentioned first.When you enter the musjid, you step in with the right foot first. You eat with the right hand.Every good thing is placed first but Allah mentioned sin first in this verse. This has a very great secret and if one comes to know this secret,one will not be grieved by the urge to sin. The urge to sin is not harmful.Fulfilling the urge is however sinful. If you do not have the urge to sin, you cannot become pious. Allah has exhorted man to curb the urge to sin. Man has to obey Allah and become His slave because Allah has created man and not the nafs. This indicates that the urge to sin is essential. That is why He is commanding us to prevent the nafs. Had there been no urge to sin, taqwa would not have existed because taqwa means to subdue the urge of the nafs to sin and to endure the grief that follows.

Sunday, March 8, 2009

I'll show u [Amway]


As one of the world's largest direct selling companies, Amway today is a thriving enterprise. The Amway business has grown to provide opportunities for more than three million people worldwide, marketing 450 Amway products.

It now operates in over 80 countries and territories worldwide, with an annual turnover exceeding USD $7.1 billion*. Around the world, where you find Amway, you'll also discover people who share the entrepreneurial spirit and who want to excel.
Amway is the global leader in the direct sales business sector, and the most experienced and supportive partner any aspiring entrepreneur can find.

As a testimony of Amway Malaysia's leadership and credibility in the industry, the company has many distinctions and accolades to its name:

KLSE Listing
In 1996, Amway Malaysia became the first ever direct selling company to be listed on the Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange.

Three Year Direct Selling License
Amway Malaysia was the first direct selling company to be awarded a three-year Direct Selling License by the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (MDTCA) in 1999.

Asiamoney Magazine
Amway Malaysia was recognised as one of the Top 10 Overall Best Managed Company in 2000 by Asiamoney magazine.

In 2001, Amway Malaysia was honored once again for its corporate leadership by making the top 10 list in these categories:

1. Overall Best Managed Company - ranked 7th
2. Corporate Governance - ranked 5th
3. Treatment of Minority Shareholders - ranked 3rd

Kuala Lumpur Stock Exchange Corporate Award

Amway Malaysia was recognised as a finalist for the Kuala Lumpur Stock Exchange Corporate Award in 2000, 2001, 2002 & 2003.

KPMG/The Edge Shareholder Value Awards
Amway Malaysia was recognised as one of the Top 10 companies for the KPMG/The Edge Shareholder Value Awards in 2002, 2003 and 2004.

Finance Asia Magazine - Asia's Best Companies
Amway Malaysia was recognised as one of the Top 10 companies in these categories:

2004 Asia's Best Companies

1. Best Managed Company category
2. Best Corporate Governance category

2006 Best Managed Companies Poll

1. Best Commitment to Strong Dividends category

Euromoney
Amway Malaysia ranked 27th among 132 companies in Latin America, Asia and Eastern Europe for Corporate Governance in 2003.

BrandLaureate Award
Amway Malaysia was conferred The BrandLaureate Award 2006-2007 for Branding Excellence in the Direct Selling Category.

For the second consecutive year, Amway Malaysia was conferred The BrandLaureate Award 2007-2008 for the second successive year in the category of Corporate Branding - Best Brands in Consumer - Multi Level Marketing.

Amway received the recognition after meeting The BrandLaureate's stringent selection procedures based on a 300-point judging criteria that included Brand Strategy, Brand Culture, Brand Communication, Brand Equity and Performance.

StarBiz-ICR Malaysia Corporate Responsibility Awards 2008
Amway (M) Holdings Bhd was short-listed as a finalist for the inaugural StarBiz-ICR Malaysia Corporate Responsibility Awards 2008, a joint initiative by StarBiz and the Institute of Corporate Responsibility Malaysia (ICR Malaysia).

Amway was selected as one of the top 5 public-listed companies in Malaysia for the Marketplace Award in the above RM1 billion market capitalisation category.

Kalau anda ada duit, di mana anda ingin laburkan???
Tentu jawapannya di syarikat yang teguh dan kukuh...
AMWAY sebuah syarikat yang telah berusia lebih 50 thn di dunia,
lebih 30 tahun di Malaysia, sebuah syarikat yang tiada hutang,
tapi mempunyai tunai melebihi RM200 juta dalam bank...
sekali lagi saya ingin bertanya, adakah syarikat begini tidak teguh atau kukuh???

lagi saya ingin bertanya kepada anda....

TIDAK INGINKAH ANDA DIBERI GANJARAN RM8000 SEBULAN DENGAN HANYA TUKAR PRODUK JENAMA ABC YANG ANDA GUNA SETIAP HARI ATAU BULAN KEPADA PRODUK JENAMA AMWAY

Result is in ur hand, but remember....If U dun do anything today, tomorrow will be still the same and no improvement.CELEBRATE THE PAST,LEARN FOR TODAY AND ENHANCE YOUR FUTURE!!

Boleh Emel,call,ym n SMS pn bley kepada saya untuk maklumat lanjut atau ingin menjadi ahli berkenaan bisnes ini.Bersama2 lah kte saling berganding bahu.

LIFE is about loving,serving,empowering, and encouraging people.
-Jim Dornan

Download Amway Malaysia Fact Sheet
email: hanifmazlan@gmail.com
ym: crawling_phoenix@yahoo.com
Tel : 017-5922575

Wednesday, February 18, 2009

6 Perkara Allah Sembunyi


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Petikan dari: cintanabi.com

P/s: ALLAH,The one and only God, creator and sustainer of the universe.

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abu bakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah Ahsanul Akhlak, semulia-mulia akhlak.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Words from The Messenger of Allah


On the authority of Abu Sa’eed al Khudari, may Allah be pleased with him, who said: "The Messenger of Allah (PBUH) said:

‘Shall I tell you who is the best of men and who is the worst? Among the best of men is he who is active in Allah's way on the back of his horse or camel, or on foot, until death comes to him. And among the worst of men is he who reads the Book of Allah Almighty, and remains unenlightened (he does not check himself, nor does he admonish and reprove himself).’ (Transmitted by An-Nisaa'i)

On the authority of Ibn Abbas, may Allah be pleased with him, who said: "I heard the Messenger of Allah (PBUH) say:

‘There are two eyes which the Fire shall not touch: the eye which wept for fear of Allah, and the eye which passed the night on guard in the way of Allah Almighty.’ (From At Tirmidhi)

Joomla! mai guna ye..



What is Joomla?

Joomla is an award-winning content management system (CMS), which enables you to build Web sites and powerful online applications. Many aspects, including its ease-of-use and extensibility, have made Joomla the most popular Web site software available. Best of all, Joomla is an open source solution that is freely available to everyone.

What's a content management system (CMS)?

A content management system is software that keeps track of every piece of content on your Web site, much like your local public library keeps track of books and stores them. Content can be simple text, photos, music, video, documents, or just about anything you can think of. A major advantage of using a CMS is that it requires almost no technical skill or knowledge to manage. Since the CMS manages all your content, you don't have to.

What are some real world examples of what Joomla! can do?

Joomla is used all over the world to power Web sites of all shapes and sizes. For example:

* Corporate Web sites or portals
* Corporate intranets and extranets
* Online magazines, newspapers, and publications
* E-commerce and online reservations
* Government applications
* Small business Web sites
* Non-profit and organizational Web sites
* Community-based portals
* School and church Web sites
* Personal or family homepages

P/s: Absolutely remarkable! I will use this Joomla! features for my website.



Malaysian career is Malaysian's largest free online jobs board. Malaysian Career as a free service to assist job seekers into employment and connect employers with quality staff, to select and appoint quality members of the public service to fulfill our nation's needs and vision and to administrate matters regarding the members of the public service efficiently and effectively in order to deliver a harmonious public service.

Sunday, January 25, 2009

Mr Children-Everything(It's you)




I’ve only ever trusted myself
Ever since I was a kid who knew nothing of the world
But now, with the support of somebody with a heart
I somehow feel alive

Giving in, complaining
Pretending not to see people’s pain

I’m so happy that learning what was important
Wasn’t so hard after all
So now I can’t even find the words to sing
I’m at a loss, pushed for time

My love, you too
Held a love that felt like pain

Stay
No matter what you suffer, there is something you must protect
And I think for me, that’s you

You chase your dreams
What will you have at the end of your journey?
Carrying lies and flaws in your hands
Is human – do you realise that?

My love, I miss you
Even if this doesn’t turn out to be the same thing as love

Stay
If I become ruined, you should dump your old baggage
Open a new door and move on

Stay
No matter what you suffer, there is something you must protect
If you think that’s me, I’ll be the way you want me to be
Even if I suffer at the hands of myself
I’ll always have just one thing I must protect
And that’s you

It’s always you

P/s: This song is superb although sometimes make me wanna sad too.huu ;P

Friday, January 23, 2009

Rekod Cemerlang Hamas!!

Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut:

*
80 TENTERA ISRAEL YANG TERBUNUH (PALING KURANG)
*
49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.
*
48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM
*
MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT



#
MENEMBAK 4 HELIKOPTER
#
MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA
#
MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR-BANDAR ISRAEL
#
TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP
#
MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
#
MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
#
MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP
#
BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI
#
MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
#
BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.
#
MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.
Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:


"ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".


“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”
Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.


Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.


Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)
Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.


Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Sumber: http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/ghazzah-neraka-israel.html